Kesimpulannya, untuk menghasilkan karangan fakta yang menarik, pelajar perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Selain itu, isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan. Karangan yang dibuat perlulah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup. Perenggan pendahuluan mestilah mengandungi definisi, ayat ransangan dan ayat arahan supaya pembaca tahu bayangan penulisan seterusnya. Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat isi penting. Isi perlulah tepat dan bukan rekaan semata-mata.Untum memperkuatkan isi, pelajar perlulah memberikan huraian serta contoh. Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis.