ILMU PELITA HATI

PENULISAN KARANGAN FAKTA : CARA-CARA MENGHORMATI ORANG KURANG UPAYA


MEMBACA JAMBATAN ILMU

12May

Pendahuluan:
1. Ayat ransangan (AR) - Ayat yang berkaitan dengan tema
2. Ayat arahan (AA) - Ayat yang menjawab kunci soalan
 

 Perenggan Isi:
1. Ayat isi (AI) - Ayat yang menjawab soalan atau kata kunci
2. Ayat huraian (AH) - Huraian lanjut tentang isi untuk memberikan penjelasan
    tentang perkara yang diperkatakan
3. Ayat contoh (AC) - Bukti atau contoh yang berkaitan dengan isi
4. Ayat penegas (AP) - Memberikan penegasan terhadap isi dan huraian


Penutup:
1. Ayat kesimpulan (AK)
2. Ayat penilaian (A pnln)
3. Ayat harapan (A hrpn)
4. Ayat cadangan (A cdgn)
5. Ayat penutup (A pnutp)

Siapakah golongan orang kurang upaya? (AR) mereka ialah golongan yang cacat seperti cacat mental atau cacat anggota badan yang tertentu (AR). Disebabkan kecacatan, mereka menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan seperti insan sempurna yang lain (AR). Sebagai insan yang sempurna kita mestilah menghormati golongan OKU (AR). Sebenarnya, terdapat pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menghormati mereka (AA).


Satu daripada cara kita menghormati mereka ialah dengan memahami perasaan mereka (AI). Kita janganlah memandang rendah kepada mereka (AH). Contohnya, kita mestilah mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka (AC). Oleh itu, kita mestilah memahami perasaan mereka yang sering merendah diri akibat daripada kekurangan mereka (AP).


Selain itu, kita juga mestilah selalu menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada mereka (AI). Dengan bantuan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dapat menjalankan kehidupan seharian seperti orang lain (AH). Sebagai contoh, kita boleh menolong mereka dengan memberi pertolongan kewangan atau khidmat nasihat dan sebagainya (AC). Tegasnya, kita mestilah siap sedia memberikan pertolongan kepada mereka agar kehidupan mereka lebih sempurna (AP).


Di samping itu, kita perlu memberi sokongan moral kepada mereka (AI). Sokongan moral lebih penting berbanding dengan pertolongan kewangan (AH). Sebagai contoh, kita hendaklah meransang mereka bahawa mereka mampu berdikari walaupun cacat (AC). Tegasnya, dengan sokongan moral yang kita berikan, mereka akan lebih yakin untuk menghadapi cabaran hidup (AP).


Seterusnya, kita sebagai insan sempurna tidak boleh mendiskriminasikan mereka (AI). Kita mestilah mengiktiraf mereka sebagai ciptaan Tuhan seperti kita juga (AH). Contohnya, kita janganlah membezakan-bezakan mereka dengan orang yang sempurna (AC). Tegasnya, kita harus bersikap adil terhadap mereka (AP).


Kesimpulannya, sebagai insan sempurna kita perlu menghormati mereka (AK). Janganlah kita menyebabkan mereka rasa tersisih (Ahrpn). Kita perlulah sama-sama memberikan bantuan kepada mereka (A cdgn). Dengan menghormati dan memahami mereka, kehidupan mereka akan lebih sempurna dan bahagia (A pnutp).

NAMA : NUR ATIQAH CHOO

NO MATRIKS: D20171077728

NAMA PENSYARAH: DR. NUR FARAHKHANNA BINTI MUHD RUSLI

KUMPULAN KULIAH: E

SUBJEK: APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU

KURSUS: ISMP BAHASA MELAYU DENGAN KEPUJIAN (UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

SEMESTER: 4 (UPSI)

EMEL: NURATIQAHCHOO0407@GMAIL.COM






Kenali Penulis  image

Kesimpulannya, untuk menghasilkan karangan fakta yang menarik, pelajar perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Selain itu, isi atau fakta yang diberikan harus lengkap, tersusun dan menepati kehendak soalan. Karangan yang dibuat perlulah merangkumi pendahuluan, isi dan penutup. Perenggan pendahuluan mestilah mengandungi definisi, ayat ransangan dan ayat arahan supaya pembaca tahu bayangan penulisan seterusnya. Untuk perenggan isi, berikan sekurang-kurangnya empat isi penting. Isi perlulah tepat dan bukan rekaan semata-mata.Untum memperkuatkan isi, pelajar perlulah memberikan huraian serta contoh. Bagi perenggan penutup pula, berikan pendapat tentang perkara yang ditulis. 

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
        Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Dr. Nur Farahkhanna Binti Muhd Rosli kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
        Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala semangat dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
        Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.
Penghargaan  imagePenghargaan  image

Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mohamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penulisan   Karangan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1-9.

Muhammad Faris Zaidi. (2018, Januari 19). Memelihara Hak Orang Kurang Upaya. Utusan Online, Diperoleh daripada     http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memelihara-hak-orang-kurang-upaya-1.599110 

Suppiah Nachiappan & Fatimah Mohd. Zulkafaly. (2015). Aplikasi Kognisi dalam Penulisan Karangan Pelajar Sekolah Menengah Melalui Kaedah Pedagogi Hermeneutik. 9(3), 1-10.


I BUILT MY SITE FOR FREE USING